logo
  
logo logo  Perpustakaan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia   https://library.water.gov.my/ |   adminlibrary@water.gov.my BI

MENGENAI KAMI


Perpustakaan JPS Malaysia, terletak di Aras G, Blok A, Wisma JPS, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya yang mempunyai keluasan 300 meter persegi dan menyediakan tempat duduk utk lebih 150 org pengguna pada satu masa.

Selain itu, JPS Malaysia mempunyai koleksi teknikal yang berteraskan sumber air negara. Perpustakaan JPS Malaysia juga mempunyai koleksi Bahan terbitan seperti Buku Monograf, Laporan Tahunan, Terbitan Bersiri, Tesis Terbitan JPS, Laporan Kajian yang dilaksanakan oleh pihak JPS.dan pelbagai lagi. Sehingga kini Perpustakaan JPS Malaysia mempunyai koleksi lebih daripada 23 ribu judul termasuk 1 langganan tajuk pangkalan data iaitu Lawnet.

Sistem Pengurusan Perpustakaan JPS Malaysia ini sepenuhnya berlandaskan laman sesawang bagi memudahkan urusan pendokumentasian dan pencarian bahan secara dalam talian melalui Sistem Online Public Acces Catalog (OPAC).

Perpustakaan JPS Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada penggunanya sejajar dengan peredaran teknologi maklumat dan keperluan semasa.


KOLEKSI TERKINI


KOLEKSI POPULAR


BULETIN

  • product image

    PINJAMAN BERKELOMPOK@JPS

    Pinjaman berkelompok merupakan perkhidmatan yang ditawarkan (daripada Perpustakaan Negara Malaysia) untuk menampung koleksi bahan bacaan kepada perpustakaan institusi/jabatan. Terdiri daripada pelbagai bidang perkara seperti fiksyen, kesihatan, psikologi, lanskap, resipi dan lain-lain.

    Tempoh pinjaman buku: Satu bulan


    Kembali

  • product image

    PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT PERINGKAT JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2025

    Pada 22 April 2025, Perpustakaan JPS Malaysia akan menganjurkan menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia 2025 pada jam 11.00 pagi hingga 11.30 pagi.




    Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Program ini merupakan satu

    kaedah untuk menggalakkan pembacaan dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai penerbitan dan perlindungan harta intelek hak cipta


    Seterusnya

          SOALAN LAZIM

          Siapakah Yang Boleh Menjadi Ahli Perpustakaan JPS Malaysia?

          Bagaimanakah kaedah untuk pinjaman bahan penerbitan di Perpustakaan JPS Malaysia?

          Berapakah Kadar Bayaran Untuk Menjadi Ahli Perpustakaan Jps Malaysia?

          Berapakah jumlah had bahan yang boleh dipinjam oleh pengguna Perpustakaan JPS?

          Apakah denda dikenakan kepada sesiapa yang lewat pulangkan bahan PERPUSTAKAAN?

          Adakah ahli Perpustakaan JPS boleh meminjam bahan bacaan daripada Perpustakaan lain melalui pinjaman Perpustakaan JPS?

          Bagaimanakah cara untuk KEMUKA permohonan ISBN/e-ISBN, ISSN/ e-ISSN dan PDP?

          Adakah terdapat Dasar Perpustakaan JPS Malaysia?

          Adakah terdapat Panduan/ Manual Pengguna Sistem Perpustakaan JPS Malaysia?

          PAUTAN PANTAS

          Image
          Image
          Image
          Image
          Image