Perpustakaan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia | https://library.water.gov.my/ | | | adminlibrary@water.gov.my | BI |
JUMLAH KOLEKSI
MONOGRAF
TERBITAN BERSIRI
KAJIAN JPS
TERBITAN JPS
Perpustakaan JPS Malaysia, terletak di Aras G, Blok A, Wisma JPS, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya yang mempunyai keluasan 300 meter persegi dan menyediakan tempat duduk utk lebih 150 org pengguna pada satu masa.
Selain itu, JPS Malaysia mempunyai koleksi teknikal yang berteraskan sumber air negara. Perpustakaan JPS Malaysia juga mempunyai koleksi Bahan terbitan seperti Buku Monograf, Laporan Tahunan, Terbitan Bersiri, Tesis Terbitan JPS, Laporan Kajian yang dilaksanakan oleh pihak JPS.dan pelbagai lagi. Sehingga kini Perpustakaan JPS Malaysia mempunyai koleksi lebih daripada 23 ribu judul termasuk 1 langganan tajuk pangkalan data iaitu Lawnet.
Sistem Pengurusan Perpustakaan JPS Malaysia ini sepenuhnya berlandaskan laman sesawang bagi memudahkan urusan pendokumentasian dan pencarian bahan secara dalam talian melalui Sistem Online Public Acces Catalog (OPAC).
Perpustakaan JPS Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada penggunanya sejajar dengan peredaran teknologi maklumat dan keperluan semasa.
Pada 18 September 2024, Jabatan pengairan dan Saliran telah menganjurkan Program Cuti Sekolah@Perpustakaan JPS.
Program ini bertujuan memperluas penggunaan perpustakaan yang bertindak sebagai platform perkongsian maklumat dalam kalangan warga JPS dan menyokong pembangunan kemahiran literasi di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
Kembali
Pinjaman berkelompok merupakan perkhidmatan yang ditawarkan (daripada Perpustakaan Negara Malaysia) untuk menampung koleksi bahan bacaan kepada perpustakaan institusi/jabatan. Terdiri daripada pelbagai bidang perkara seperti fiksyen, kesihatan, psikologi, lanskap, resipi dan lain-lain.
Tempoh pinjaman buku: Satu bulan
Kembali
Pada 21 Mac 2024, Perpustakaan JPS Malaysia telah menganjurkan sesi Latihan Pangkalan Data LawNet bagi memperluaskan akses kepada rujukan perundangan Malaysia.
Sila layari www.lawnet.com.my untuk mengakses pangkalan data ini.
Id pengguna: jps
Kata laluan: lawnet2024
*Terhad untuk penggunaan satu lesen/akaun sahaja pada satu masa
Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Program ini merupakan satu
kaedah untuk menggalakkan pembacaan dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai penerbitan dan perlindungan harta intelek hak cipta
Seterusnya
Pada 4 April 2024, Jabatan pengairan dan Saliran telah menganjurkan Program World Quran Hour Peringkat JPS. Program ini juga telah diadakan serentak di seluruh Negara.
Matlamat utama World Quran Hour adalah untuk menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran - Baca, Faham dan Amal selain menggarap nilai-nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah-surah di dalam al-Quran bagi membentuk cara hidup berlandaskan al-Quran.
Pada tahun ini surah Al-Jumuah telah dipilih dengan membawa tema ‘Dunia Berbudi & Penyayang‘ sebagai sokongan bagi meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran dalam kalangan masyarakat.
Kembali
Pada 4 April 2024, Perpustakaan JPS Malaysia telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Program ini merupakan satukaedah untuk menggalakkan pembacaan dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai penerbitan dan perlindungan harta intelek dan hak cipta.
Seterusnya