logo
  
logologo  Perpustakaan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia  https://library.water.gov.my/|  adminlibrary@water.gov.my BI

MENGENAI KAMI


Perpustakaan JPS Malaysia, terletak di Aras G, Blok A, Wisma JPS, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya yang mempunyai keluasan 300 meter persegi dan menyediakan tempat duduk utk lebih 150 org pengguna pada satu masa.

Selain itu, JPS Malaysia mempunyai koleksi teknikal yang berteraskan sumber air negara. Perpustakaan JPS Malaysia juga mempunyai koleksi Bahan terbitan seperti Buku Monograf, Laporan Tahunan, Terbitan Bersiri, Tesis Terbitan JPS, Laporan Kajian yang dilaksanakan oleh pihak JPS.dan pelbagai lagi. Sehingga kini Perpustakaan JPS Malaysia mempunyai koleksi lebih daripada 23 ribu judul termasuk 1 langganan tajuk pangkalan data iaitu Lawnet.

Sistem Pengurusan Perpustakaan JPS Malaysia ini sepenuhnya berlandaskan laman sesawang bagi memudahkan urusan pendokumentasian dan pencarian bahan secara dalam talian melalui Sistem Online Public Acces Catalog (OPAC).

Perpustakaan JPS Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada penggunanya sejajar dengan peredaran teknologi maklumat dan keperluan semasa.


KOLEKSI TERKINI


KOLEKSI POPULAR


BULETIN

  • product image

    PROGRAM CUTI SEKOLAH@PERPUSTAKAAN JPS

    Pada 18 September 2024, Jabatan pengairan dan Saliran telah menganjurkan Program Cuti Sekolah@Perpustakaan JPS.

    Program ini bertujuan memperluas penggunaan perpustakaan yang bertindak sebagai platform perkongsian maklumat dalam kalangan warga JPS dan menyokong pembangunan kemahiran literasi di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.


    Kembali

  • product image

    PINJAMAN BERKELOMPOK@JPS

    Pinjaman berkelompok merupakan perkhidmatan yang ditawarkan (daripada Perpustakaan Negara Malaysia) untuk menampung koleksi bahan bacaan kepada perpustakaan institusi/jabatan. Terdiri daripada pelbagai bidang perkara seperti fiksyen, kesihatan, psikologi, lanskap, resipi dan lain-lain.

    Tempoh pinjaman buku: Satu bulan


    Kembali

  • product image

    LATIHAN PANGKALAN DATA LAWNET

    Pada 21 Mac 2024, Perpustakaan JPS Malaysia telah menganjurkan sesi Latihan Pangkalan Data LawNet bagi memperluaskan akses kepada rujukan perundangan Malaysia.

    Sila layari www.lawnet.com.my untuk mengakses pangkalan data ini.
    Id pengguna:  jps
    Kata laluan: lawnet2024
    *Terhad untuk penggunaan satu lesen/akaun sahaja pada satu masa


    Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Program ini merupakan satu

    kaedah untuk menggalakkan pembacaan dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai penerbitan dan perlindungan harta intelek hak cipta


    Seterusnya

  • product image

    PROGRAM WORLD #QURANHOUR

    Pada 4 April 2024, Jabatan pengairan dan Saliran telah menganjurkan Program World Quran Hour Peringkat JPS. Program ini juga telah diadakan serentak di seluruh Negara.

    Matlamat utama World Quran Hour adalah untuk menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran - Baca, Faham dan Amal selain menggarap nilai-nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah-surah di dalam al-Quran bagi membentuk cara hidup berlandaskan al-Quran.

    Pada tahun ini surah Al-Jumuah telah dipilih dengan membawa tema ‘Dunia Berbudi & Penyayang‘ sebagai sokongan bagi meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran dalam kalangan masyarakat.


    Kembali

  • product image

    PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

    Pada 4 April 2024, Perpustakaan JPS Malaysia telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

    Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Program ini merupakan satukaedah untuk menggalakkan pembacaan dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai penerbitan dan perlindungan harta intelek dan hak cipta.


    Seterusnya

          SOALAN LAZIM

          Siapakah Yang Boleh Menjadi Ahli Perpustakaan JPS Malaysia?

          Bagaimanakah kaedah untuk pinjaman bahan penerbitan di Perpustakaan JPS Malaysia?

          Berapakah Kadar Bayaran Untuk Menjadi Ahli Perpustakaan Jps Malaysia?

          Berapakah jumlah had bahan yang boleh dipinjam oleh pengguna Perpustakaan JPS?

          Apakah denda dikenakan kepada sesiapa yang lewat pulangkan bahan PERPUSTAKAAN?

          Adakah ahli Perpustakaan JPS boleh meminjam bahan bacaan daripada Perpustakaan lain melalui pinjaman Perpustakaan JPS?

          Bagaimanakah cara untuk KEMUKA permohonan ISBN/e-ISBN, ISSN/ e-ISSN dan PDP?

          Adakah terdapat Dasar Perpustakaan JPS Malaysia?

          Adakah terdapat Panduan/ Manual Pengguna Sistem Perpustakaan JPS Malaysia?

          PAUTAN PANTAS

          Image
          Image
          Image
          Image
          Image