TY - BOOK ED - Malaysia. TI - BULETIN GEOSPATIAL SEKTOR AWAM : EKSKLUSIF Geospatial & Imunisasi COVID -19 SN - 1823-7762 PY - 2021/// CY - Putrajaya PB - Pusat Geospatial Negara KW - Geospatial data - KW - Malaysia KW - Periodicals KW - Geographic information systems KW - Government publications - KW - Malaysia - N1 - DARI MEJA KETUA EDITOR -- ARTIKEL TEKNIKAL -- AKTIVITI NYGDI 2021 -- TERKINI DI MYGDI -- TIPS DAN TRIK MYGDI N2 - Penyelarasan dan penyampaian secara komprehensif adalah diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan pemberian vaksin secara holistik ke seluruh negara. Justeru, pada 4 November 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membentuk Kumpulan Kerja Geo-Data Kawasan Berisiko COVID-19 dengan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal darpda 5 pengeluar vaksin COVID-19.Vaksinasi COVID-19 adalah secara ukarela yang akan diberikan secara percuma kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia melalui tiga (3) fasa. Pada peringkat awal penularan COVID-19, JUPEM melalui Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) telah berjaya membangunkan web-GIS Joint Common Operating Picture (JCOP). Hasil daripada kejayaan tersebut, BGSP telah diberi kepercayaan untuk membangunkan web apps dan Dashboard baharu dalam merancang pelaksanaan dan pemantauan operasi pemberian vaksin bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia ER -